11/11/2011

Terbang pesawat baru

PENGUMUMAN PENTING ! ! !

 

KEPADA WARGA PENUMPANG PESAWAT BOING 374 POSPEY,

AKAN MELAKUKAN PENERBANGAN BARU KE DESTINASI BARUNYA

BERMULA  1-1-2012  DI LAWAN WEB BARUNYA . . . . . .

 

WWW.POSPEY.BLOGSPOT.COM         HARAP      MAKLUM      SEMUA .

SEGALA KETERLANJURAN  TUTUR BAHASA POSPEY MINTA RIBUAN KEMAAFAN .

KUNJUNGILAH KE WEB BARU POSPEY DEMI SIRATULRAHIM SESAMA KITA .

 

SEKIAN TERIMA KASIH .

 

DARI WARGA KERJA POSPEY .

26/10/2011

Jangan Bersedih

    Lepas balik dari makan malam tadi terus capai buku yang dah lama beli tapi diabaikan maklum la sibuk dengan tugasan perniagaan . JANGAN BERSEDIH ( La Tahzan ) itulah rupa tajuk buku kali ni pospey nak kupas . Kalau ikut saiz buku ni kita beli kat MPH ada 3 siri kalau tak silap pospey sempat beli 2 siri yang lain coming soon .

Cukup untuk menyedarkan kita bahawa dalam mengharungi kehidupan seharian sebenarnya ada beberapa perkara yang kita tidak sedar sebenarnya adalah merupakan perkara yang amat penting untuk kita fikirkan .

Tulisan dari Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni mengupas pelbagai aspek yang perlu kita ambil berat jika mahu kehidupan kita terus dilimpahi keberkatan kena ingat tu . Pospey akan cuba ambil satu bab tidak mengikut turutan kerana dalam pospey cuba kaitkan satu bab tu ikut rasa sedap pada pospey . ” MASIH ADA YANG SELALU MENGABULKAN PERMINTAAN ANDA ” siapakah yang berhak menjadi tempat mengadu orang-orang yang dilanda kegelisahan, kesempitan, kesulitan dan kesedihan ? kepada siapakah mereka harus memohon pertolongan ? siapakah yang layak menjadi tempat bergantung, memohon, meminta dan meratap semua makluk ? siapakah yang berhak menjadi gantungan hati dan selalu diucapkan oleh lidah manusia ? tidak lain, adalah hanya Allah yang tiada Tuhan selain dia .

Banyak lagi soalan-soalan yang mungkin pada diri anda semua sudah tahu jawapannya lebih awal tapi adakah pasti anda jawap soalan ini dengan membawa diri anda sendiri menilainya dengan penuh rasa insaf dalam diri . Anda tanya diri sendiri serta anda jawap sendiri . Pada awal pembacaan pospey juga akan menjawap seperti mana anda jawap dalam hati anda . Dr Aidh cukup pandai menarik diri kita kepada soalan yang asas dalam kehidupan tapi akan membawa kepada soalan yang berat serta susah untuk dijawap jika kita lalai untuk memerhatikannya .

Bagiku dan juga anda, adalah sesuatu kewajipan untuk berdoa dan meminta kepadanya dalam keadaan lapang mahupun sempit, dalam keadaan mudah mahupun ketika susah . Kita harus menumpahkan semua permasalahan ke pangkuannya dan kita juga tetap harus bertawassul kepadanya . Kita harus duduk bersimpuh di depan pintu gerbangnya sambil memohon, menangis, merendahkan diri dan meminta keampunanya . Dan kemudian tunggulah ! kerana pada saatnya nanti akan datang pertolongan, maunah ( huluran ) bantuan dan kemudahan yang bersumber darinya .Cukup jelas maksudnya agar kita selalu meminta darinya melalui doa serta mendirikan solat 5 waktu dengan sempurnanya . Pengabaian terhadapnya akan membawa kerugian kepada diri sendiri .

” USIRLAH KEKOSONGAN DENGAN KESIBUKAN . “ orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini, biasanya akan menjadi bahan gossip dan desas desus yang tidak bermanfaat . Itu kerana aqal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tentu arah . Dan ………. ….. ” mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan ( kerana uzur ) ……… ( At-Taubah : 87 ) . Saat paling berbahaya bagi aqal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa . Orang seperti itu, ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu, akan mudah terhuyung hayang ke kanan dan ke kiri .

Apabila pada suatu hari anda mendapati diri anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas sebab dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang  belum anda alami . Dan itulah membuat aqal fikiran tidak berfungsi dan mudah terlepas dari kawalan . Maka dari itu saya nasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan .

Kesimpulannya : membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosakkan tubuh dengan dadah . Fuhh sungguh dalam ertinya jika kita perhatikan perkara yang selalu berlegar dalam kehidupan harian kita betul tak . Nak tahu lebih lanjut kena lah beli buku ni ok ariosssssss .

25/10/2011

Kesetiaan terhadap tuannya .

Cuba untuk simpan gambar lama dalam satu folder, terselak la pulak pic yang dah lama tersimpan dalam sim kad kamera Panasonic DMC-FS4 tergelak pun ada. Terfikir la bagaimana seakor anjing begitu santai sekali bila naik motor dengan tuannya . Mungkin anjing ni dah biasa naik motor macam ni kot kuang kuang kuang .

Masa pic ni kwn tengah drive nak ke Taman Universiti Skudai ada temu janji pernigaan dengan klien . Tersenyum tengok gelagat anjung ni . Tapi untuk keselamatan diharap jangan selalu bawa binatang naik motor macam ni bahaya kawan . Dibuatnya anjing ni terperanjat melompat tengah jalan raya apa cerita agaknya .

Apa yang pospey nak kongsikan kat sini selalukah kita fikirkan bahawa haiwan peliharan juga merupakan binatang yang perlu kita belai dan kasihi seperti nyawa kita sendiri ? cuma jangan terlalu mementingkan diri sendiri anggap binatang nilainya umpama 0.05 sen je . Setiap makluk yang bernyawa kat dunia ni kan bukan kita yang punya .

 

 

25/10/2011

Penonton golongan sederhana terbeban .

” Harga tiket sekata untuk semua tempat duduk ( RM 50.00 ) granstand mahupun tempat duduk biasa . “

“Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundaram, pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam membuat ketetapan mengenai harga baru tiket itu.”

Mendengarkan saja alasan ini sudah cukup untuk para penyokong kedua-dua pasukan final Piala Malaysia ( N9, Terengganu ) berfikir panjang sama ada ingin melihat pasukan mereka beraksi sama ada ke Stadium Shah Alam atau ke kedai mamak Sabtu ini . Walau apa pun alasan yang diberikan oleh beliau serta perkara yang pernah penyokong pernah buat tahun lepas jangan dijadikan alasan untuk menaikkan harga tiket dengan sewenangnya .

Kalau yang melompat tu cuma 3 orang atau kurang 50 orang boleh bangkrap ke Persatuan Bola ni . Ketidak perihatin terhadap peminat bola sepak Negara yang selama ini begitu setia menyokong pasukan mereka boleh terjejas jika sesuatu perkara itu diambil atas dasar yang kurang cerdik oleh pihak atasan pengurusan stadium . Jangan lah kerana marahkan nyamuk habis kelambu dibakarnya .

Bagaimana sektor sukan Negara hendak menuju standart sukan dunia jika ada beberapa faktor yang boleh menjejaskan bilangan para penonton untuk datang menyaksikan sesuatu pertandingan sukan itu sendiri . Ramai penyokong pasukan bola masing-masing  akan beralih tempat jika ini berlaku ditahun hadapan lagi .

23/10/2011

All Black juara akhirnya.

Kepada penyokong pasukan All Black tahniah menjuarai Piala World Cup rugby 2011 . New Zealand menewaskan France 8-7 . Walaupun tipis cukup untuk pasukan All Black meraikannya di gelanggang sendiri ( Auckland ) semalam . waka ka ka wa ka ka .

23/10/2011

Marco Simoncelli mati di litar Sepang .


Sebentar tadi diberitakan Marco Simoncelli dilaporkan telah mati akibat terjatuh dalam perlumbaan MotoGP di Litar Sepang yang berlangsung hari ini .Ini merupakan kejadian pertama yang mengakibatkan kematian kepada para pelumba Motor GP di Malaysia .

Pada pusingan kedua penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli telah terjatuh lalu kepalanya dilanggar oleh dua pelumba lain Colin Edwards serta Valentino Rossi yang mengekorinya dari belakang. Dalam kejadian ini helmet Marco Simoncelli dikatakan telah tercabut yang mengakibatkan perlanggaran kepala telah berlaku dengan kuatnya .

Super Sic, julukan Marco Simoncelli, gagal mengawal motorsikalnya di selekoh 11 sehingga menyebabkan beliau terjatuh . Malangnya, Edward dan Rossi yang datang dari arah belakang telah terlanggar beliau menyebabkan kedua-dua pelumba ini turut sama terjatuh dari litar .

Dapat disaksikan Edwards dan Rossi masih mampu bangkit dari kejadian ini mana kala Simoncelli yang masih terbaring tidak sedarkan diri . Beliau diberitakan telah meninggal dunia akibat kecederaan parah dikepala .

Bendera merah tanda acara dihentikan juga terus berkibar. Sebelum ini ada berita bahawa acara tersebut akan kembali diteruskan, namun setelah menunggu beberapa ketika pihak penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports akhirnya mengumumkan acara petang ini secara rasmi dibatalkan. Sementara Edward, diberitakan menderita cedera serius di bahunya.

Perhatikan tayangan ulangan dengan gerak perlahan .

23/10/2011

Apa kata president jong kong emas Malaysia

23/10/2011

The Great Silver Debate – Manipulation: Fact or Fiction? …

Watch the Great Debate featuring CPM’s Jeffrey Christian and GATA’s Bill Murphy as they battle it out on the topic of silver and gold manipulation — is it fact or fiction? You be the judge

06/10/2011

Satu pengharapan .

Esok merupakan pembentangan belanjawan 2012 oleh PM kita tepat jam 3 petang . Seluruh rakyat menantikan pembentangan ini di dewan rakyat dengan penuh harapan agar segala bajet Negara dapat mengurangkan tekanan bebanan ekonomi yang sedang dihadapi oleh setiap rakyat di Negara ini .

Tidak kira berpendapatan rendah mahu pun berpendapatan tinggi masing-masing ada peranan kemahuan tersendiri . Cukup atau tidak sesuatu rangking pendapatan bergantung kepada sejauh mana kebijaksanaan pembentang itu nanti . Diharapkan juga agar keseluruhannya nanti dapatlah dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat .

Sebagai rakyat apa yang diharapkan adalah kesaksamaan agihan kenikmatan ekonomi Negara dapat dikongsikan bersama . Kos sara hidup yang semangkin tinggi merupakan rintangan tembok ekonomi yang sukar dirobohkan apakan lagi jika seseorang itu hanya mengharapkan gaji yang kecil semata-mata .

Mempunyai tanggungan keluarga yang banyak serta bebanan hutang lapuk yang tidak akan habis salagi tembok ini tidak dirobohkan . Kekangan ekonomi dunia dilihat sebagai kaca mata yang berkalis dalam tujuan yang tersirat . Pembaziran melampau harus ditolak dalam peta ekonomi mahu pun rakyat keseluruhannya . Pengharapan ini juga dapat lah apa kiranya kita kukuhkan dalam bentuk gabungan bersama .

05/10/2011

Masa kini sesuai beli emas

Waktu artikal ini dipostkan merupakan masa paling sesuai untuk kita memperolehi emas . Bagi para pelabur emas inilah masa paling sesuai untuk menambah koleksi emas mereka . Pakar-pakar pelabur emas telah menyarankan agar gunakanlah masa yang berharga ini untuk membeli emas dalam bentuk bar gold sebagai pelaburan yang paling selamat pada masa ini dan akan datang .

Harga terkini sehingga jam 3:05pm ( 5/10/11 ) ialah RM 169.6 /gram merupakan harga paling sesuai dalam keadaan senario pasaran dunia serta politikal yang tidak menentu diseluruh dunia . Pelaburan yang selamat serta menjamin masa depan .

29/09/2011

Emas satu pelaburan yang kukuh .

Dengan laporan ini diharapkan pelabur diluar sana dapat memahami apakah bentuk pelaburan yang paling selamat serta kurang resikonya jika kita benar-benar memahaminya . Kesedaran tentang pelaburan ini perlu ditanam agar aset anda tidak mengalami kerugian dimasa hadapan .

Dengan keadaan ekonomi dunia sekarang anjakan paradikma minda baru harus dimulakan dari sekarang agar bentuk pelaburan yang anda akan ceburi ini tidak mudah diganggu gugat oleh spekulasi yang tidak menggambarkan berita yang tidak benar .

Kestabilan atau keuntungan adalah bergantung kepada diri sendiri melalui sedalam mana ilmu pelaburan ini diperhalusi serta dipelajari .